Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 13, 2011

FOBIA!

Assalamualaikum,
sedikit luahan perasaan di sini

memang aku x suke kau pun
sejak dari darjah 1
kau buat hidup aku susah
hari2 aku berdepan dengan kau
aku cuba untuk suke kat kau
aku belajar sungguh2 nak suke kat kau!

tapi hati aku tetap cakap susah
sampai satu tahap aku memang nak sayang kau lebih
da cukup sayang
tapi macam susah juga nak berdamping dengan kau!

yer..kau!tiada yang lain..
kau je yg susah sangat aku nak sayang sampai akhir hayat aku.
kau juga buat impian aku berkecai!

ish!ENGLISH..nape kau nih susah sangat!?
sedih la
aku nih bukannya pandai sangat
tapi aku cuba nak pandai subject nih
penat da amik exam english

DOAKAN AKU JAWAB PAPER ENGLISH!

Saturday, November 12, 2011

2 DAYS to GO!


2 hari lagi nak final kat MICET nih
good luck kawan!

Friday, November 4, 2011

Test SEM 1 da HABES !!

Assalamualaikum,
there's a lot to share tapi cam biase la, internet kat U ni cam siput vavi!
well, semua test da habes. nak happy sgt pun tak boleh. FINAL EXAM sudah melambai2 kate mari!

Penat sangat kot menghadap paper exam.
Doakan yan ea!

P/s: sudah2 la tu. xberminat pon. exam da nak dekat kot! Chaiyok!

Sunday, October 30, 2011

Tak kuat, Kena buat jugak!

Da nak final da!
It's on 14th Nov
Like hell for me to face it

Dear electrical subject,

Please be kind with me.

Thank you!

4 flat is not impossible tapi boleh ke?
susah kot!hahaha..buat yang mampu je

P/s: mak,I LOVE YOU!
ayah, LOVE YOU TOO but I"M SORRY..It's really my mistake.
friends, GOOD LUCK!pray for me.
MAY ALLAH BLESS YOU!

Friday, October 14, 2011

CINTA SEJATI

Tiada istilah cinta pandang pertama terhadap manusia dalam kamus hidup aku
Kalau ada pun simpan dalam hati je la (tak pernah ade pun sebenarnya)
Last week aku ade pergi hadir dalam sesi CINTA SEJATI anjuran campus aku and imam muda nazrul yang dijemputnya
Macam best je tajuk, sebab aku tak paham cinta sejati ni mahupun cinta sejati manusia terhadap Allah.

Ada certain orang cakap, dia sangat mencintai Allah. Tapi adakah cinta terhadap Allah tu melebihi cinta terhadap segala yang dia ada sekarang?
Aku bukan perfect sangat nak cakap yang aku sayang Allah lebih dari aku sayang mak dan ayah aku. Aku sebenarnya tengah nak mempraktikkan apa itu cinta sejati terhadap Allah melebihi segala yang aku ada di muka bumi ni iaitu nikmat dari Allah.

Berkenaan cinta sejati terhadap manusia, perasaan itu tak boleh dihalang. Itu pun satu nikmat yang Allah bagi sama ada kita boleh kawal atau tidak perasaan itu sehingga tiba waktunya, terpulang kepada individu tersebut.

Bagi aku, untuk ada cinta sejati terhadap manusia, bukan sekarang masanya. I'm just be friend and playing around right now. Still waiting and searching. Tak pernah meletakkan matlamat dalam mencari soul mate ni. Belum masanya lagi. Sekian terima kasih.

Saturday, September 24, 2011

TRAGEDY IN CAMPUS


ASSALAMUALAIKUM AND HI ppl!!

I'm very dissapointed with my life in this campus. I faced so much pain in here..

1. I lost my purse. It's pink!!

it looks like this..isn't it cute!!I miss her..

2. I lost my ID card, ATM cards and the most precious card- driving license!
3. I scored fail in Fundamental Electric and Electronic subject, for both test and quiz. Nazmi je dpt nearly full mark!!! (sblm final, aku booked nazmi ngan kak zahida utk ajr subject nie!! no matter what!)


TIGA bende ni memang buat aku stress duduk dlm campus COMEL kat MELAKA nih!!
But I love ppl around me..tQ guys!!

Friday, September 16, 2011

Still Living

Assalamualaikum!!!

Dah lama tidak menatap blog nih. Terasa malas nak update sebenarnya. Aku sebenarnya sambung belajar lagi kat MICET. So, kepada umum yang mengenali MICET, internet di sini sangatlah LAJUUUU!!haha.

I'm still living. Pernah dulu macam nak jadi orang gila yang kosong dadanya. http://www.emocutez.com
Tapi aku masih hidup dalam pegangan agama yang wallahualam, kukuh ke tak. Doakan jela yer.

Hidup dalam MICET sangat membuatkan aku sedih pada mulanya. BUT, life must go on kan. Lecturer mula kenal aku. Lecturer yang dulu pun ada yang dah kenal aku. Mulanya malu, tapi apa ada hal, aku nak belajar kot. Diorang pun bagi semangat kat aku. Setelah dua bulan, aku mula menyayangi semua orang di keliling aku. Rasa sedih aku buang jauh2. Tapi tetibe die datang balik.

Ada dua orang yang sama nasib dengan aku, tak dapat sambung belajar kat Australia tu.. doranglah tempat aku bergantung dalam pelajaran sekarang nih. ape bende yang aku tak tahu, semua aku tanya diorang dan macam biasa, ada gak la aku tiru tutorial diorang. Kelas kitorang lain2,tapi, communication between us is not limited. Gabung kelas dengan diorang pun ada.
Classmate sangat caring, sporting habes. class kami ada 6 jer pmpuan, yang lain semua laki. skit kan pmpuan.

Aku masih hidup kat bumi MICET nih.

TERIMA KASIH kat mak n ayah, cik jimi, cik awe, syira n my beloved family sebab faced aku punyer problem,still jaga aku denga penuh kasih sayang
TERIMA KASIH kat adik2 sebab masih peluk cium aku walaupun aku pernah gagal jadi contoh terbaik untuk mereka dalam pelajaran. Korang amik jer bende baik dari aku tau!
TERIMA KASIH to my best friends :budak sekolah rendah, sangat best jumpe ngan korang. tapi, takyah la tanya lagi nape aku tak dapat fly. aku kan obese. so, nak fly tinggi sangat tak dapat ler!!haha..
TERIMA KASIH to KYNA and BIHA.. aku sayang korang.. tQ sebab selalu ada ngan aku time aku sedih hari tu!
TERIMA KASIH kat a few budak pmpuan fist uk yang datang jenguk aku kat MICET nih, yg masih bertanya kabar, fly elok2 and kawan2 yang dah g oversea tapi still lagi contact dengan aku. Sayang korang sangat2. Selamat hari raya kat yang jarang contact. Junior korang ada yang comel!haha.
TERIMA KASIH kat budak fist baru yang belajar sama dengan aku sekarnag nih. especially LIN, SYIKIN, LIZA, NAN, ELANOR (haha..nama sebenar ester..she's 20..sgt kelakar). you've made my day happier than I thought. Terima kasih sgt2.
TERIMA KASIH kat budak bilik, IRA, QILA NGAN FATIN! kak yan sayang korang. mintak maap la sebab selalu bawak kawan2 masuk bilik, paaastu buat bising ngan buat sepah. mintak maaf yer. Nak duit raye, tunggu kak yan kawin..haha..


Terima kasih kepada semua!!
http://www.emocutez.com

doakan saya yang masih hidup ni dalam menempuhi duugaan ALLAH yang sangat berat nih..

p/s: ADILA!!kite da update blog..tp xde gmbr..lps nih kite update mcm2 lg cerita kat MICET! cerita seram pun ada..kita kena sendiri..baru kite tahu the real MICET!awak tunggu kite cerita ea..bye2!!

Tuesday, June 28, 2011

Keluang man vs 150 juta

Assalamualaikum sekalian,

Aku sebenarnya sangat boring selepas aku berhenti kerja. So, jadilah anak dara pemalas di rumah dan sekitarnya. Apa yang aku boleh buat adalah surfing in the internet "ocean". Adoi!! memang tak seghonok. Tapi still surfing sebab da tak ada benda yang nak dibuat.

Let's move on to the topic : KELUANG MAN vs 150 JUTA.

Kalu korang nak tahu, boss aku kat Domino's ni ade la member die masukkan video die nyanyi lagu keluang man. Nak tengok???


Aku lah pekerja dia yang pertama kat Danau Kota tu yang jumpa video ni. Hak3! Walaupun lirik die tak berapa betol sangat. Aku still boleh senyum tengok boss aku nyanyi lagu zaman kanak2 aku. Dia ni memang sempoi!!

memang kalau korang tanya aku, aku memang tak jemu tengok video nih.

pastu tangan aku nih gatal la pulak pergi click kat link video lain. Dah pergi banyak link video dan setelah tiada video yang berjaya memikat hati beta, aku terjumpa lah satu video tahun lepas.

Lagu die sempoi. Best jer dengar. yang smart tu adalah wanita bertudung labuh memainkan guitar. pergh!! memang cayalah. Name belakang die ada la iras2 aku nyer name sket (for those who knew my exact full name la kan).

Enjoy this!!
tajuk lagu ni 150 juta.

Kalau nak lirik die..please click here

Selamat melihat dan mendengar!!

Monday, June 27, 2011

Accident!!!

Assalamualaikum,

Fuh!!!berdebar jantung den pagi ni..
pagi2 lagi den da hadap accident dopan umah den ni ha..

adoyai!!!
Bang!!!gini bunyi nyer ha..
terkejut kambing aku!!
http://www.emocutez.com

Adoi!!parah..

Belakang kereta bertembung dengan satu tiang lampu while I wanted to reverse my father's car..
Memang clumsy la hari ni..
Disebabkan nak cepat untuk menghantar ibunda kesayangan pergi kerja pada jam 6.45am..
Dah la hari hujan pagi tadi..

Menggigil den dalam kereta tu ha..
suruh la adik laki tengok ape jadi kat belakang kereta..

ME:ilham, tolong tgkkn pe jd kt blkg kerete??(muka gelabah,hati duup daap duup daap)
MAK:Aduhai long!!!Xpayah!!mak da lmbt..

Pergh!!memang sepanjang bawak kereta tu..hati memang Allah saje yang tahu..
Dalam hati (mcm mane la aku nak menjawab ngan bapak aku ni)..

memang pagi td serabut jer kepala otak aku..

But, after I sent my lil bro to school..
lepas parking kereta belakang rumah slow2 la kluar kereta nak tgk ape jd kt blkg..
bace Bismillah xhingat la byk mne bace kn..

Adoi!!!
Alhamdullillah xjadi pape..
Rase mcm nak sujud syukur..
memang miracle gler..
sikit calar pun xde..

Alhamdullillah la..
sejak aku dapat lesen P nih..
tang tu la baru first time accident berlanggar..
memang rase nak tercabut jantung..


Baru la masuk rumah boleh senyum cam ni..

Watch your tongue!!!


Assalamualaikum,

According to my headline today..
It is a reminder to all muslim, muslimah and probably to non-muslim..

Suka hati la kalau nak terima atau tak..

Dear rakan2,
saya Izyan Abdul Razak ingin meminta maaf atas kesilapan lidah yang telah saya lakukan..
sama ada sudah mengguris perasaan atau pun tidak..

Yes!!
I admit it that my words can hurt someone as they heard and take it seriously..

Jadi,
saya dengan rasa rendah diri dan rasa bersalah sangat..
mengingatkan diri sendiri dan my friends agar jagalah lidah anda..
kerana lidah saya hampir kehilangan kawan..


taken from my friend's facebook.

HANDS UP for 2PM!!!

CHECK THESE OUT!!!
their new songs
Love themm (2pm)

Electricity


Give It To Me

Like a Movie

Don't You See

HOT

Hands Up!!!

Already missing you guys


Assalamualaikum,

hurmm,
I admit it that I'm already missing you guys!
feeling sad when I looked at our pictures together..
my eyes started to produce million drops of tears...

Such a silly feeling that I have to face right now..

Why???
hmmm...never mind..
Allah knows better for me..

Sunday, June 26, 2011

More cheese and pepper at DOMINO's


Well, dulu I ada publish 1 post bout my work place kn..
Post tu mase baru nak start keje.

But, after 3 months I worked there..
I took a decision to resign as I have to further my studies..
Macam2 experience dapat..

Actually untuk I sambung belajar semula..
I kena amik mood untuk belajar bangun tidur dengan lebih awal, mencari buku2, notes2 yg berterabur tah kemane..
Lame beb kalau nak mencari..
Kalau I keje lagi skrg ni, mesti la xde mase untuk semua itu kan..

And of course...
It was hard for me to say good bye to them (my friends work there) since I'm not really good at saying "bye"

I'd promised to you guys yg I nak tunjukkan tempat keje..
So, check this out!!!


ni la tempat keje kat danau kota tu..
(kemut2 kn la mate anda untuk melihat ape yg saya tulis dlm balloon tu yer)
they are another chapter of my life..


actually byk lg friends yg sme keje..tp dorg sume malu2 nak amik gmbr..
memang rmai

I think I should mention their name here..
kadang2 budak2 domino's ni suke bace blog ni..
kang x disebut kecik hati kang..

firstly,
PIZZA MAKER:
~dhana
~hafiz
~najib
~leeya
~fatin
and unforgetable
~hem,fara and ain

then,
RIDER:
~amie
~na'im
~safwan
~izwan
~fauzul
~panjang
~epin
~afiq
ade lg rider sebenarnye (plus ngan yg da resign awal) tp xhengat la pulak..
sorry guys..

Btw, Izyan Izzatie ingin meminta maaf atas ape pn kesilapan fizikal, mahupun lisan kepada anda semua di DOMINO's WPC..

sayang koooorang sangat2!!!

P/s: najib (pizza maker domino's WPC), saya minta maaf sangat yer!!!

Saturday, June 25, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YANMAMAS



Assalamualaikum,
WELCOME TO MY LIFE STORIES!!!

Oh my Allah..
Da berbulan suda tidak berada di depan laptop untuk membelek blog ini..
YANMAMAS is 1 year old already since it publish in last year in June..
Can you see at the top??That sticker??
Yeah!!it mentioned there 11 months and 4 weeks = 1 year
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!
HAPPY BIRTHDAY TO
YANMAMAS!!!


Special thank you to my beloved:
~readerssssss
~followersssss
~me

hehe..sgt teruja..walaupun xde la spent time sgt ngan blog nih..
tp da setahun da YANMAMAS ni di alam maya..

At Last!!!


Assalamualaikum and hello peeps!!!
3 months (not exactly) I've been stuck to continue stories in this blog..
Maybe because of time and for sure because of the virus i'd said before..

don't know why it(virus) attacked me..
maybe i'm so careless taking care of my sweet lappy..
sorry dear!!

I'll proceed my way in this blog from today!!!
banyak cite nak story nih..
Since the virus had gone (I guess)

I'M BACK!!
tungguuuu ea..

Thursday, April 28, 2011

blog sudah bertukar kerana virus!!

Assalamualaikum, slmt pagi, tengah hari, petang, malam..

owh!saya sangat sedeyh pabila blog saya tidak dapat dipamerkan di hadapan skrin laptop yang telah usang akibat virus yang sangat melampau..

nampak tak perubahan yang ketara kepada blog saya yang comel dahulu dengan yang sekarang..
sangat tidak sama seperti dahulu..

virus ini bergerak sangat pantaaaaas!!dia menyekat semua yang hendak paparkan di skrin..
aku tak tau ape name virus nih..nasib baik laptop usang ni nothing happen to it..

kalau sesiapa yang pernah mengalami keadaan ini dan ada jalan penyelesaian, sila bantu yan!!
kecian blog nih..memang da lama tidak diupdate namun yan tetap akan menjengah sekali sekala..

terima kasih!!

Saturday, April 16, 2011

:: A small digit ::

Assamlamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum ini yan ada berhasrat untuk membuang semua lemak-lemak di badan untuk menjadi seperti Jillian (Trainer yang dalam the biggest loser america tu kan)

oooH!!saya sangat suka badan slim dan sihat seperti dia..

Without realising any changes on my life yang sangat serabut sekarang..
i'm losing my weight with a small digit!!!!

ini lah tranformation yang yan dapat buat selepas beberapa lama duduk di rumah menggoyangkan kaki...

pipi I da nipis..
jangan jeles..haha

BERAPA kg???
tu persoalan pertama..

yan sudah turun 5 kg!!!
.....hahahahaha.....
saya sangat suka!!
(xkesah la kan kalau korang anggap sket..tapi tu la kejayaan pertama buat masa sekarang)

Alhamdullillah la kan..
walaupun sekarang da ade panggilan baru kat tempat kerja (kak doraemon!!)

sengal budak2 yang panggil nih..
tapi aku xkesah sebab diorang yang buat dunia aku ceria..
nanti yan upload gambar budak2 kat tempat kerja..
mereka sangat sengal!!

papepon, small digit tu yang membuatkan diri aku sangat berharga sekarang..
confident pun naik mendadak nih..

kepada sesiapa yang mahu menyahkan lemak dan menurunkan berat,
...tip nya adalah...

BERJALAN DAN BERDIRI SELAMA SEKURANG2NYA 4 JAM SEHARI..

larat??mampu??
hahahaha
window shopping la lame2 kepada penggemar..
xyah buang duit..
cuci mata je..

silakan kepada sesiapa yang nak buat
selamat berjaya

yan akan buat benda nih sampai bulan 7 dan target penurunan berat badan adalah 15kg...
owh..tolong la bagi kudrat nak buat benda nih..
(entah2 aku ni cakap jer..tapi buatnye sekerat jalan)

..hahaha..

p/s: yan gembira!!bila anda gembira..

Wednesday, April 13, 2011

Saya sayang mereka part 1

Assalamualaikum sayang-sayangku sekalian..

sudah berlambak rasanya post-post dan entry-entry yang sangat emotional yang diluahkan oleh penulis blog ini (aku la kan..)

Jadi, yan miNta maaf sangat-sangat kepada sesiapa yang menyampah bila membaca post yang lepas-lepas(sape suruh korang bace kan..)

Dan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca dan memberi motivasi serta nasihat-nasihat anda. InsyaAllah, hidup kalian juga yan doakan sejahtera dan dilindungi Allah sentiasa.
AMIN

Well, sekarang..
Saya mahu meluahkan kasih sayang saya..
kali ini, post saya..
akan di sambung mengikut keselesaan yan..
untuk kali ini
............bermula dengan........


SAYA SAYANG MEREKA
PART 1

For sure la aku amat menyayangi Allah dan juga rasul2nya..
Namun, sebagai manusia yang lemah..

merekalah yang aku sayang selain yang di atas..



mak and ayah
love them so much
I don't know what will I feel when they away from me forever..
May Allah bless their life in akhirat...



both of them are really important in my busy life
yang kanan angah, yang kiri epa (born after angah)
bebudak berdua ni sangat la penting
..untuk..
membasuh,mengemas dan sekarang nih mereka sudah pandai MEMASAK
senang la hidup saya dan mak saya..



"ade aku kesah??" ilham said when i took this picture
sangat biadap soalan yang dikemukakan olehnya
(memang sengal budak nih)
he's a very unpredictable boy
a really naive person when it comes to cheating part
he is my lovely, cheeky lil brother..
recently, he's bleeding his bare feet
sebab terpijak paku masa main bola kat padang.

********
ni la 5 orang family members yang saya sangat CINTA kerana ALLAH..

setakat ini sahaja kasih sayang yan yang yan benar-benar ingin kongsikan..
semoga korang pun happy selalu dengan family dan insan tersayang..
nanti yan kongsi lagi deh..

Tuesday, April 12, 2011

Yesterday is GONE!!

Assalamualaikum peeps!!

Recently, I feel like my spirit of life is turning really down. I've tried to pretend I'm really okay..

Yan pun dengarla lagu 'someone's watching over me' by Hillary Duff..
Nak nangis pun ada. Rasa down sangat.

Tertanya-tanya..
Kenapa hidup Yan ni tidak berjaya seperti yang yan mahukan seperti kawan-kawan yang lain.?
Memang ternyata I'm not genius but I tried really hard to fulfill the needs.
Memang tidak layak sangat kah untuk yan 'fly' meneruskan pengajian.?

Dulu,
Yan hanya berlenggang pergi ke kelas dan kuliah, memerah otak dalam menyiapkan assignment, dan menghadapi beberapa exam untuk mendapatkan rm600 sebulan.
tiada pertumpahan darah yang berlaku semasa belajar (kecuali kalau tengah2 datang bulan tu kan..)

Sekarang,
harus berhadapan dengan maki hamun, luka-luka, melecur tangan, ketidakpuasan hati orang-orang sengal, jerawat yang mula naik selepas muka berminyak, berdiri selama 7 jam.
semua itu untuk mendapatkan rm700 sebulan.

Adakah ini yang dikatakan balasan ke atas dosa yang yan buat pada masa silam?

Tapi, ni berat sangat dan setelah 2 bulan mereka meninggalkan Malaysia,
yan masih menangis dalam hati seorang diri.
Masih tidak dapat memaafkan diri.

I just following the flow of life..
Because I know the yesterday is gone, right now I belong..
sooner than it seems like turns around!
I will survive until I get back my spirit!


Thank you for reading my feeling!

p/s:
Happy birthday to you. I'm really sorry let you go without any rational reasons. I JUST DID IT FOR ALLAH and I know He knows everything deep in my heart. But, I still can't forgive you. You broke the promise. Sometimes, I like to stalk your site. I'm really sorry what I'd done to you dear. HAPPY BIRTHDAY!!!

Saturday, April 9, 2011

Lelaki dan solatnya..

Assalamualaikum,

Sejak akhir2 ni, aku melihat ramai manusia.
Namun, yang aku kesal adalah manusia bernama lelaki..
lelaki muslim yang enggan menunaikan perkara wajib dalam kehidupan seharian..
Mereka lebih suka menunaikan fardu kifayah dan urusan yang sunat sahaja sedangkan yang wajib mereka lupa..

YA!!!Dunia sudah maju...
Kebendaan adalah perkara utama..

Tapi, berat sangatkah nak menunaikan solat yang cuma mengambil masa mereka hanya 10minit..?
Aku hairan dengan lelaki yang tidak mahu menunaikan solat fardu..
sedangkan merekalah yang akan membimbing wanita yang bergelar ibu mereka, isteri mereka, adik perempuan mereka, anak-anak mereka dan seterusnya cucu-cicit mereka..

Hairan!Hairan!Hairan!
Kenapa lelaki tidak mahu bersolat?
Periodkah??
haha..mustahil!!!

Kepada wanita,
doalah sebanyak mungkin untuk mendapatkan lelaki yang mengikut perintah Allah,Tuhanmu..
yang boleh menjadi imam kepadamu..
yang boleh membimbing solatmu..
yang boleh mendidik anak-anakmu menjadi soleh dan solehah belaka..

Jika wanita yang sudah berkahwin,
doalah supaya suamimu itu tekun dengan solatnya..
berdoalah agar solatnya itu diterima oleh Allah..
berdoalah agar suamimu itu adalah jodohmu yang terakhir..

InsyaAllah..
Sama-samalah kita berdoa..

Terima kasih kerana membaca 'kehairanan' aku terhadap lelaki yang enggan solat ini..


Wednesday, April 6, 2011

Kawan saya!!

Assalamualaikum,

Hi there!!!how's your life so far? Harap-harapnya semua okay dan bahagia. Hidup aku pun bahagia sangat akhir-akhir ni.

Tapi hari ni aku nak cerita pasal seorang kawan aku,yang sangat suka dan teruja bila dapat menyanyi dengan akim af7.

Korang kenal tak akim af tu?
tak kenal?
alamak!!!tidak mengapa..

Nama kawan aku tu dirahsiakan sebab aku tak minta permission dia lagi untuk aku berceloteh pasal dia dalam blog ni.

Dia sangatlah bertambah teruja (ayat BM terok giler grammar) bila video dia dengan akim masuk youtube..

Tengoklah kawan saya di youtube! Nanti korang kenal la dengan akim.
Dalam video ni, akim pakai baju grey and kawan saya tu pakai baju warna hitam.

Sebenarnya aku pun teruja, sebab dulu aku minat akim..
Hahahahaha...

Enjoy the video. Bye!!

Monday, April 4, 2011

Ke'busy'an melanda

Assalamualaikum..

rasanya macam sudah lama aku tidak meng'update' blog nih..
alahai blog!!!

aku sekarang sangat sibuk..
rutin harian aku adalah bekerja dari pukul 10 pagi sehingga 11 malam..
itu adalah tahap maximum untuk I bekerja..
balik dari bekerja..aku sudah sangat penat dan tidak bermaya untuk menghadap laptop kesayangan..

I'm really sorry to my friends yang bagi messages di facebook, yang bg email di yahoo ,mahupun yang memberi comment di blog ini..
saya sangat3...
mnta maaf pada kalian..
kerana..
saya lambat dan belum membalas segalanya..
saya sangat exhausted sekarang...
hanya tunggu masa untuk tidur selepas balik bekerja..
http://www.emocutez.com

MONOLOG:
inilah hakikat bekerja untuk mencari beberapa suap nasi untuk sebulan...
Haaaa!!!Nak sangat ko bekerja kan..
Amik kau!!!
Rasakan nikamat bekerja kau, IZYAN!!!

Okayh!!belajar lagi senang..!!
itulah hakikat nya..

Btw, I dapat rakan2 baru yang sangat sengal..
dan umur mereka seperti adik2 aku...
sangat sengal...!!

thanks for reading this post!!
love youguys!!
http://www.emocutez.com

Friday, April 1, 2011

Tranfered to DANAU!!!

Assalamualaikum youguys!!!!!

...hoohohoo...

kamu nampak dan sudah membaca title di atas kan???
so,SIAPA yang kena transfer???
Danau tu TEMPAT apa??

Jeng3!!!

Sebenarnya, I dah lama tak update blog sebab I sibuk dengan opening a new store for Domino's Pizza at Danau Kota, Setapak.

So,jawapan untuk dua soalan di atas adalah:

SAYA tranfered to DOMINO"S PIZZA PLAZA CRYSTALVILLE, DANAU KOTA.
Memang penat bila kerja dibelakang tabir untuk menyerikan kedai baru di Danau Kota.
Sangat penat okayh!!!!
I kena pergi pukul 9a.m. and then balik pukul 11p.m....
Bila sudah sampai di rumah, hampir pukul 12.30a.m...
Can you imagine how hectic that moment..
kena tampal2 barang, mop2, sapu2 and cuci segala yang berhabuk simen..
penat seyh!!!!

Tapi yang best..
MAKAN FREEEEE!!!
http://www.emocutez.com

..hehe..
aku bab makan memang senyum sampai telinga...

so, itulah ceritanya..
alhamdullillah saya dapat bos2 yang sporting..
..haha..
networking yang sengal2 belaka..
dan beberapa orang family baru yang sedang training to be pizza maker and rider..
satu ja aku pelik..
semua orang kat sana panggil aku IZZATIE, padahal aku dah suruh diorang panggil aku YAN!!
http://www.emocutez.com

hmm..tak kesah la kan..
best gak!!!
FIGHTING IZZATIE!!!


Monday, March 28, 2011

Menyampah giler!!!

Assalamualaikum,

Post ini adalah ditujukan kepada saya sendiri dan yang terlibat sahaja...
Ini tidak melibatkan yang sudah meninggal dunia..

Kalau nak baca, kau baca diam2!!
Kalau taknak baca, lantak kau lah..

Aku dibelenggu kemarahan dan sangat menyampah kepada dua orang budak perrempuan yang sengal dan berlagak..

Aku bukan suruh die ajar add math pown..
Aku suruh die ajar aku bende yang die dah biase buat..

Senang jer kot kalau ko ajar aku betul2 caraanya...
Memang aku nih lembab sket..
Tapi tolong yer!!!!
TOLOOOOONG la ajar aku betul2..
I'm still older than youguys..
hormat la sket..
tak payah la nak jeling2 mata tu!!

sangat sengal korang nih...
da la menggatal jer kerjanye!!!
Cakap ngan budak perempuan yang lain, gelak2 tak nak pula..
Nih ko layan budak laki2..
Gelak2!!
Tayang gigi besar berkarat tuh...
Waaaa..ingat banyak cantik muka kau...
Pergh!!Menyirap aku..
Dengan budak laki..bukan main senyum ko ea!!!
Dengan kami, sejenis ngan kau nih..pandai jer ko mengarah...
memang SENGAL!!!
Rasa macam nak cincang jer korang berdua!!

http://www.emocutez.com

Da lah..malam2 nih memang setan banyak..jin pun ade..
Marah aku memang tengah menggelegak nih..
Setan memang suka kalau orang marah2 nih..
Lebih baik aku tido..

Terima kasih yang sudi membaca..!!
Sayang korang..
Aku tak sayang dua budak tu!!

Sunday, March 27, 2011

kerja ke belajar???

Okayh dearest!!!
aku ade masalah dalam mengambil keputusan yang rasional untuk ini...

ingin saya mengatakan..
saya sudah mabuk kerja..
saya suka bekerja untuk masa sekarang dan ada terlintas dalam hati serta di fikiran untuk tidak meneruskan pelajaran sebaliknya hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja...

Apakah ini??????
aku pun tidak mengerti hidup aku ini....
Kerja kah??Belajar kah???
http://www.emocutez.com
Adoyai!!

Thank you for reading...

Saturday, March 26, 2011

finding my own money


Assalamualaikum,
Yeah!!!seperti yang dijanjikan. saya, Izyan Izzatie telah sah menjadi sebahagian daripada warga kerja domino's pizza. ye la, aku duduk rumah pun bukannya ada kerja yang hendak dibuat kan. so, i asked permision from my parent to be a part-time worker at the domino's pizzza..

Okayh!! Mula2 aku start kerja ni, da dapat rasa kesusahannya..
Sangat susah beb!!!
Semua sistem dia menggunakan code selain binary code yang digunakan dalam sistem komputer.
Korang jangan tak tahu, semua cashier yang take order korang kene hafal code..

Untuk dominoo's pizza, kami ada 16 jenis pizza di Malaysia.
Nak aku senarai kan????
Rasanya tak perlu la kan..
Tapi, korang boleh la tanya aku.
Nanti aku jawab disamping boleh menguatkan ingatan aku terhadap that beloved pizzas.

Pizza ja baru 16 code..
Side order die ada 9 jenis..
so, plus 9 code..
Da berapa tu?
hah!!da 25 code kan...
then, minuman ada 4 code.
Pergh!!29 code aku kene hafal beb..

Jap2!!belom habis lagi..
Dalam pizza tu ada banyak ingredients..
ingredients pun ada code juga...
seba sesetengah customers ada yang nak double cheese la, and misalnya dalam aloha chicken pizza tu mereka tidak mahu nenas...
So, kami yang take order ni haruskan meng'special'kan order mereka..
ingredients ada 17 code..
haaaa..,46 code!!!!


Aku faced 3 days training experience..
2 days tu memang untuk process mengingat code and be familiar with working environment..
memang tempat aku kerja ni macam kedai mamak..
kene bising sebab manager nak kami have fun time kerja..
bila time seorang tu kene marah pun yang lain harus menceriakan suasana..
Tu belum lagi code bile "customer come in"
Kalau aku kena bertugas kat depan, bila cutomers masuk, aku kena melaungkan CCI!
Then,rakan aku yang lain akan sambut WELCOME TO DOMINO's!!
dengan suara yang kuat okayh!!!
haha..time tu memang aku suka..

after that, aku akan jadi amat gelabah bila time busy..
dengan online order lagi..
carry out order..
dengan customer yang nak makan kat kedai tu lagi..
meja nak kena bersih lagi..
pastu dengan delivery order..
pergh!!!memang hectic giler..

Pape pun, this experience memang aku tak dapat lupa..
Sangat2 valuable!!!
Betul cakap mak, bila Allah ambil impian aku, mesti dia nak bagi yang lebih berharga untuk aku..
Ya Allah!!aku terima seadanya nasib yang telah ditetapkan olehMu..

So, korang doakan la ye untuk aku..
Supaya gaji aku xdipotong kalau2 ada duit yang short time aku kendalikan bahagian cashier..


Thursday, March 24, 2011

SPM untuk ANGAH 2!!


Sebelum nih dalam post aku..
aku ada wish gudluck untuk angah when she was sitting the exam..
semalam alhamdullillah aku teman dia mengambil result..
well,
kamu semua nak tau result dia kah..?
..hehe..

lebih baik korang tanya dia sendiri kan..

sat lagi kalau dia tau aku habaq kat sini..
mampuih aku kena maki free2 ja..

Okay..
dalam perjalanan ke sekolah dia tuh..
memang penuh dengan cabaran yang sengal2..
Pergh!! jauh beb sekolah dia..
memang boleh kurus kalau hari2 aku pergi sekolah dia..

Starting at KL sentral..
WE-angah, I and a friend of angah, nadia..
waiting the sengal one-friend of nadia for about an hour..
Pastu, bila da tunggu dia boleh pula makhluk Allah ni naik train dulu..
Pergh!!!menyirap giler..
nak mencarut banyak2 pun ada..


So, sampai saja di sekolah, angah ambil keputusan spm dengan perasaan yang aku pun tidak dapat rasakan apa yang dia rasa saat itu.
Bila sudah ada keputusan di tangannya, alhamdullillah dia tidak mengalirkan air mata dan angah terima se adanya yang dikurniakan oleh Allah.

Ni la angah saya!!!
Alhamdullillah dia terima apa adanya result dia tu..
Ingatlah, yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri sendiri dengan izin Allah..

p/s: saya sudah pandai cari duit sendiri..saya sudah bekerja..doakanlah yang terbaik dan paling utama,rezeki yang saya dapat itu adalah rezeki yang halal...nnt saya cerita yer..hehe..

Tuesday, March 22, 2011

Just for fun..

Da lame aku xgelak lme2..
tetibe ade la sorg best friend aku nih post smthg kt aku nyer group's wall...
Korg try la..this is just for fun yea...
and aku punye jwpn time tu adalah:
feb,25,hijau
iaitu:
aku gigit bapuk/maknyah sebab aku baik hati..
eeee...knapa kene gigit...sengal gler..
But this is just for fun..



JOM kite release2 tension jap ...kite rehat2 kan minda bergelak tawa sebentar

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.release tention~

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

kongsi jawapan anda...sharing is caring ..nk tau gak pew korg pyew ...hehhe ... =) =)

Game on Facebook

Hi!! Nice to typing a few thing today..
Actually I da habis idea nak tulis ape disebabkan boring memerap di dlm rumah..

now, I'm going to let youguys know what I'm doing during this looooooong holiday..
*habis la pelajaran. satu ape pown da xingt nih*

Okay..
memandangkan there's nothing to do in my house except daily housework,
I have spent half of my time in front of the computer..
Cube teka I buat ape??

Jeng3!!!

Picture1

Picture 2

Ha! natang nie yg aku buat smpai makan pown lupe..
..haha..

korg pernah tengok?
ha..ni la game yg ade kat facebook..
sblm main tu korg kne la sign in dulu facebook..
aku ni mmg childish sket..
yang Picture 1 tu game Baking Life..
tu da xseronok main..
bile aku bakar,kalau da tinggal lme sgt..
mesti burn..
Pergh!!!menyirap jer..

then, 2nd picture tu ialah game Gourmet Ranch
aku mmg suke main game..
x kira la waktu senggang ke x..
tp game yg simple2 je la..
xde la aku nak main cm dota, counter strike tu kan..
alamatnye mmg KALAH la aku..

tu la ape yg aku buat skrg..
!!Adoi!!

Monday, March 21, 2011

Like a fool!

Sekarang memang I feel like a fool..
then, i review balik cerita korea-personal taste..

*hero and heroin of the drama*

Tetibe I suke sangat lagu like a fool nih..
lagu ni dinyanyikan oleh group 2am which is a korean group singer..

*they are the 2am boys*


Mesti la diorang nyanyi dalam korean language kan..
So, bawah ni semua adalah translationnya..
I suka makna lagu nih..
Enjoy it..

Just like a fool, why didn't i figure it out?
Just like a fool, why did i let u go?
Just like a fool, i slowly cried my heart away..
Now.. I know it now..
My love, there is only you..

Evev if my eyes looking for you
Even if my heart keeps pressure me
I didn't believe it was love
I believe it's because of my loneliness

Just like a fool, why didn't i figure it out?
Just like a fool, why did i let u go?
Just like a fool, i slowly cried my heart away..
Now.. I know it now..
My love, there is only you..

Let's not act like a fool
Let's not let your heart hurt alone
It hurts, my tears just falling down
It's upset me, coz my heart are so weak

Just like a fool, why didn't i figure it out?
Just like a fool, why did i let u go?
Just like a fool, i slowly cried my heart away..
Now.. I know it now..

U are my only love
U are the only one that could fill my heart
Just like a fool, eventhough i know it now..
You, i calling you..
Coz without you, i just couldn't live

Friday, March 18, 2011

Happy Birthday ayah!!!


Aku bersyukur sangat ada ayah lagi. saya sangat sayang ayah saya okay! ayah saya bukan macam ayah orang lain. yang penting dia tak pernah buang saya setelah saya dilahirkan. bukan macam anak remaja sekarang. lepas buat satu kesilapan, die buat kesilapan yang lain. ish2! ade ke diorang buang anak tepi highway, letak depan pintu rumah orang lain and more pathetic is they treat the babies like a trash (suke hati diorang jer buang kat tong sampah). nasib baik ayah aku tak buat camtu. Sayang ayah!!

Happy birthday dad!!
You are 47 years old right now.
Umur bertambah, gaji bertambah (alhamdullillah) dan perut ayah pun makin ke depan..hehehe. JANGAN MARAH!

Along sayang ayah. ayah saya sangat baik!! die teman saya cari kerja on his birthday. Cari kerja kat wangsa maju. Seronok!!!! First time nih nak kerja part-time. Alhamdullillah, dapat gak. aku nak isi masa lapang jer. aku cuti 4 bulan beb. lame tu. tak kesah
la gaji die brape kan.

Pape pon time kaseh ayah!!!!!sayang ayah!!!happy birthday!!
Aku suke sangat gambar nih!!!
Ayah aku nih xpandai senyum.
jadi, mari kita lihat macam mane die hendak senyum untuk mendapatkan perfect picture.
At the left side itu adalah mak aku yer.. C-A-N-T-I-K!!!

Nih muka ayah aku sebelum aku suruh die senyum.


Senyum sikit ayah!
..haha..
mulutnya mencebik
aku tak tau la mase ni die nak senyum ke tak nak.


Okayh!die da mula nak senyum..
..hehe..
buat lebar sikit senyum tu ayah.


terlebih lebar la pulak..
..haha..
time nih memang aku ketawa smpai sakit perot.
Sorry ayah!!

Okay!! die da mula boring untuk senyum..
Satu lagi jer ayah!
SENYUM!!
Die memang sudah boring untuk senyum
Aku gak kene marah!!

Tapi along tetap sayang ayah!!
..hehe..

Sekian.








Thursday, March 17, 2011

L.O.V.E

Ya Allah..!
tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaanMu..
aku tahu dugaanmu itu adalah kasih sayangMu kepadaku..
dan kau ingin menguji kasih sayangku kepadaMu..
aku akan hadapinya dengan tabah Ya Rabb..

Pada entry kali ini..Aku ingin bertanyakan kepada sahabat sekalian..
Berapa banyakkah kasing sayang kita kepada Allah dan sekalian rasulnya terutama Nabi Muhammad s.a.w..?
Adakah seluas langit?
Adakah seluas laut?
Adakah sebanyak kasih kepada ibu bapa dan keluarga?
Adakah sebanyak kita mencintai rakan2 kita?
Adakah sebanyak kita mengasihi teman lelaki atau teman wanita?

Cuba kita renung kembali betapa sayangnya Rasulullah kepada kita!!

Aku ingin berkongsi satu video yang aku lihat sehingga mengalirkan air mata..
Tontonlah dan hayatilah..

Aku tahu aku jahil bab2 sirah..
Guru2,ustaz dan ustazah selalu memperkatakan yang Rasulullah sangat mencintai umatnya..
Namun hanya sedikit kesedaran itu dalam diriku..
Aku sedar yang selama ini cintaku pada Rasulullah amat cetek..

Ya Allah!
Rasulullah itu kekasihmu..
Yang sanggup menanggung siksa kematian umatnya...
Kau berikanlah kepada baginda tempat yang sepatutnya disisi-Mu,Ya Allah!!

Aku ingin menyeru kepada diriku sendiri dan rakan2 yang terbuka hati ingin membaca..
Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..
Kerana itu sahaja yang diwariskan oleh Nabi Muhammad kepada kita (Umat Akhir Zaman)

Sedarlah kiamat itu sangat hampir dengan kita..
Bumi ini sudah tua dan akan musnah tidak lama lagi..
Bencana sudah ada di mana2..
Peperangan sudah berlaku di segenap pelusuk negara..
Kejahilan yang masa dahulu dilalukan oleh orang Jahiliah sudah datang berlaku kembali di zaman sekarang..

Sedarlah wahai diri ini dan teman2..
nyawa ini pinjaman Allah..
hanya amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat sana..

Kasih sayang yang berkekalan adalah kasih sayang Allah dan Nabi-Nya..

Sunday, March 13, 2011

First Time!!Chicken Chop!!!


I'm always thinking about yummies!!!
You know..
Of course it's about FOOOOOOD!!!!
What can I say, I'm in love making it.
Apabila I da suka membuatnya, I love to eat it.
AND
I GAIN WEIGHT!!!!
(haha..tak kesah la kan)


So,
I try la buat chicken chop this time...
TARA!!


1st time trial!!!
As usual la kan, chicken chop memang familiar dengan black paper sauce..
I made it..SUCCESSFULLY!!
tapi masam sket..
Ayam tu perfectly masak dalamnya but outside it is a lil bit dark..
hehe..
First time babe..

To my friend, biha..
I can't upload it now in fb..
I think my internet is really slow after isyak..
So, xdapat nak tag you in fb yet..
You tengok kat sini yer..!!hehe..
Da jadi da biha..!!!
Sukenyer aku!!
tapi ayah aku cakap masam sket..
maybe because of the ketchup..

Enjoy to see it!!


Monday, March 7, 2011

Banana style


Ape yang banana style nyer???
!!!JENG,JENG JENG!!!

It's an ice cream!!
pada tengah hari yang hangat and rumah pown tengah KL..
mestila panas..
skali skala tekak nih kene ice cream ok gak..

suruh la my ILHAM pergi belikan ice cream..
then he said "along!along!along nak e-am belikan banana ice cream tak?"
disebabkan 'jakon' tak pernah dengar ada aiskrim pisang..
I pun layan jer die "beli la ikut suka kau dik.."

It's
jelly outside and vanilla ice cream inside..
First time dengar from my lil brother,
ingatkan ice cream tu banana taste..
tapi rupanye jer macam banana..

sedap3..
Belilah..!!!

Thursday, March 3, 2011

Photostate!!!


Hello!Hello!Hello!
(haha..I miss madam che yah!!)

Actually, nak post this entry on the Day I had this activity..
tapi sebok sgt..
xpe2..I nak cerite gak..
my entry is about photocopy.
One day (someday in March, I can't remember) my dad had given me a bundle of jobs related to photostate machine.

Ya Allah..
That machine is my lil printer Canon MP 198
FYI, she is almost 2 years old..

ha!!ni la printer nyer..!!!
Dah la Bubble jet..
Yang bile print, die tersungguk2 nak keluar kertasnyer kan..
zek,zek,zek..(bunyinyer..)
penat seyh nak tunggu..
***
My father is an instuctor in a Police Academy
Die mengajar kawad.
You know, marching..(kanan,kiri,kanan,kiri.....kanan pusing!!!!)
ha!!yang tuh la kan..

So, march nie dorg buat pengambilan for Inspector.
Dengar kata ada anak raja nak masuk polis gak.
???Sape???
Aku pown tak tahu.

So, bile ayah aku da terlibat, die kene la settle kan semua hal2 kn..
Die bagi la aku keje.
Die suruh aku print offer letter, I/c and certificates.

Printing activities:
Print 32 I/Cs : 7 copies each I/C,
total I/C printed: 224 copies

Print offer letters of 32 Inspectors wanna-be: 5 pages, 3 copies each.
total offer letter printed: 480 copies

Memandangkan Inspectors nih is graduated degree from local uni,
certificate of graduation is needed as a prove.
So, to all my friends yang sudah ada degree or will finish their degree soon,
boleh la apply to be an inspector.
!!!gaji mahal beb!!!
Gaji permulaan jer da RM 2000 +++..
Kalau ade skill boleh dapat lebih, around RM2500+++..

So, ade 32 certificates: 3 copies each
total certificates printed: 96 copies.

Kesian ngan printer aku!!
Total semua skali yang diprint adalah:
800 copies!!!

Da tinggal sikit dah level ink aku!!
nasib baik pasang outside ink..banyak sket ink..
lepas nih aku cadang nak g PC Fair!!
4 botol ink Rm20..nasib baik murah..
******

Tuh baru keje print-mengeprint..
not including yang aku salah print, kene marah lagi ngan ayah aku..
pergh!!!kalau la aku nih bukan jenis yang sabar da lame da aku tak nak tolong ayah aku..

Lain kali aku rasa kalau ade duit lebih sket aku nak beli yang laser jet nyer..

P/s: I tak jadi smbg blajar kat Aussie..doakan la rezeki I kat Malaysia nih yer..

Tuesday, March 1, 2011

A step to change my life




Lately I'm feeling very sad about my life in all aspect.
My weight is one of the factors.

I'm done with my medical check up recently.
And guess what???
I'm nearly *5 kg babe!!!
I promise you, I'm not in 45kg anymore because that was 7 years ago.
Oh God! As years goes by, my weight is increasing!!!
AAAAAAAAAHHHG!!!

Now, I realised I have to change my lifestyle.
and lately..I think Allah listened to my words,
He made me met with my former shooting coach.
LANAHON BIN AMBUK
If I'm not mistaken, that's his
real name.
weird right??
Alamak takde gambar la pulak..takpe2 nnt I upload.
He is so tough eventhough he is almost 65 years old.
He is the best fitness coach I ever met..
Oh God!!!but not crazy as Jillian in The Biggest Loser
(I dream to be a part of the biggest loser Asia one day, If God give me to do so)
..haha..


He motivate me to do a lot of exercises since I'm doing nothing at home.
****
Today morning, I went to Tasik Titiwangsa.
Without feeling of shame and afraid to anybody, I went there alone.
(adik aku yg lepas spm tu asyik keje membuta je, org ajak die tak mau teman)

It is a recreation park which is being upgraded with outdoor gymnasium facilities.
I thought for it for so long but never want to try it.
I'm so proud with myself today, I had touched it and use it.
I even went jogging 1 round of that tasik for 25 min and 24 sec.

..hohoho..
That was really frustrated.
Because I ever did better than this when I was an shooting athlete under my coach attention.
I ever did it in 15 min.
It is really made me realise that I'm not fit as the past.
I have a lot work to do to get back my stamina.

!!!!So, YAN!!!!
!!!!GO!GO!FIGHTING!!!!

I nak sangat fit mcm Jillian.
nak sangat...!!
She is small build but very fit.

My hand made banana cake!!


Yeaah!!!!!what a relief.
Banana cake is ready to eat..
This is my first time doing banana cake without anybody's help.
Isn't it great?
I can do it on my own now. haha.. ^senyum smpai telinga^ :)
Ni la provenyer!!!
Sangat sedap when I ate it with ice-cream!!

Actually I started the idea of making it was when I realised I bought some banana from the "pasar tani" last Thursday morning. Lame da kan.haha
That raw banana was getting turned their colour to black.
So, I think there's no one in my house want to eat that banana since it looked like almost rotten.
Then, I met my Mr. Google!!hehe..(penyelamat)
Datang la idea nak buat kek nih..
google punya google jumpa la one recipe nih..
It is really easy.
just need 3 cups of flour, 2 cups of sugar,
6 bananas diblend (actually the original recipe is needed only 2 bananas)
it's up to you! *nak letak brape pown xkesah*
1 teaspoon of baking powder and soda bicarbonate each.
half cups of butter or corn oil and a couple of eggs.

caranya, heat the oven for 180 degree Celcius
beat the sugar and eggs sampai kembang.
then, add the flour, baking powder and soda bicarbonate.
add the blended bananas
lastly, put the oil and stir it until all of it come together.
paint little of planta or butter at the surface of a cake mould so that the mixture doesn't stick at the surface of the mould.
bake it for 45 min.
!!!DONE!!!