Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 9, 2011

Lelaki dan solatnya..

Assalamualaikum,

Sejak akhir2 ni, aku melihat ramai manusia.
Namun, yang aku kesal adalah manusia bernama lelaki..
lelaki muslim yang enggan menunaikan perkara wajib dalam kehidupan seharian..
Mereka lebih suka menunaikan fardu kifayah dan urusan yang sunat sahaja sedangkan yang wajib mereka lupa..

YA!!!Dunia sudah maju...
Kebendaan adalah perkara utama..

Tapi, berat sangatkah nak menunaikan solat yang cuma mengambil masa mereka hanya 10minit..?
Aku hairan dengan lelaki yang tidak mahu menunaikan solat fardu..
sedangkan merekalah yang akan membimbing wanita yang bergelar ibu mereka, isteri mereka, adik perempuan mereka, anak-anak mereka dan seterusnya cucu-cicit mereka..

Hairan!Hairan!Hairan!
Kenapa lelaki tidak mahu bersolat?
Periodkah??
haha..mustahil!!!

Kepada wanita,
doalah sebanyak mungkin untuk mendapatkan lelaki yang mengikut perintah Allah,Tuhanmu..
yang boleh menjadi imam kepadamu..
yang boleh membimbing solatmu..
yang boleh mendidik anak-anakmu menjadi soleh dan solehah belaka..

Jika wanita yang sudah berkahwin,
doalah supaya suamimu itu tekun dengan solatnya..
berdoalah agar solatnya itu diterima oleh Allah..
berdoalah agar suamimu itu adalah jodohmu yang terakhir..

InsyaAllah..
Sama-samalah kita berdoa..

Terima kasih kerana membaca 'kehairanan' aku terhadap lelaki yang enggan solat ini..