Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 17, 2011

L.O.V.E

Ya Allah..!
tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaanMu..
aku tahu dugaanmu itu adalah kasih sayangMu kepadaku..
dan kau ingin menguji kasih sayangku kepadaMu..
aku akan hadapinya dengan tabah Ya Rabb..

Pada entry kali ini..Aku ingin bertanyakan kepada sahabat sekalian..
Berapa banyakkah kasing sayang kita kepada Allah dan sekalian rasulnya terutama Nabi Muhammad s.a.w..?
Adakah seluas langit?
Adakah seluas laut?
Adakah sebanyak kasih kepada ibu bapa dan keluarga?
Adakah sebanyak kita mencintai rakan2 kita?
Adakah sebanyak kita mengasihi teman lelaki atau teman wanita?

Cuba kita renung kembali betapa sayangnya Rasulullah kepada kita!!

Aku ingin berkongsi satu video yang aku lihat sehingga mengalirkan air mata..
Tontonlah dan hayatilah..

Aku tahu aku jahil bab2 sirah..
Guru2,ustaz dan ustazah selalu memperkatakan yang Rasulullah sangat mencintai umatnya..
Namun hanya sedikit kesedaran itu dalam diriku..
Aku sedar yang selama ini cintaku pada Rasulullah amat cetek..

Ya Allah!
Rasulullah itu kekasihmu..
Yang sanggup menanggung siksa kematian umatnya...
Kau berikanlah kepada baginda tempat yang sepatutnya disisi-Mu,Ya Allah!!

Aku ingin menyeru kepada diriku sendiri dan rakan2 yang terbuka hati ingin membaca..
Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..
Kerana itu sahaja yang diwariskan oleh Nabi Muhammad kepada kita (Umat Akhir Zaman)

Sedarlah kiamat itu sangat hampir dengan kita..
Bumi ini sudah tua dan akan musnah tidak lama lagi..
Bencana sudah ada di mana2..
Peperangan sudah berlaku di segenap pelusuk negara..
Kejahilan yang masa dahulu dilalukan oleh orang Jahiliah sudah datang berlaku kembali di zaman sekarang..

Sedarlah wahai diri ini dan teman2..
nyawa ini pinjaman Allah..
hanya amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat sana..

Kasih sayang yang berkekalan adalah kasih sayang Allah dan Nabi-Nya..