Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 28, 2011

blog sudah bertukar kerana virus!!

Assalamualaikum, slmt pagi, tengah hari, petang, malam..

owh!saya sangat sedeyh pabila blog saya tidak dapat dipamerkan di hadapan skrin laptop yang telah usang akibat virus yang sangat melampau..

nampak tak perubahan yang ketara kepada blog saya yang comel dahulu dengan yang sekarang..
sangat tidak sama seperti dahulu..

virus ini bergerak sangat pantaaaaas!!dia menyekat semua yang hendak paparkan di skrin..
aku tak tau ape name virus nih..nasib baik laptop usang ni nothing happen to it..

kalau sesiapa yang pernah mengalami keadaan ini dan ada jalan penyelesaian, sila bantu yan!!
kecian blog nih..memang da lama tidak diupdate namun yan tetap akan menjengah sekali sekala..

terima kasih!!

Saturday, April 16, 2011

:: A small digit ::

Assamlamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum ini yan ada berhasrat untuk membuang semua lemak-lemak di badan untuk menjadi seperti Jillian (Trainer yang dalam the biggest loser america tu kan)

oooH!!saya sangat suka badan slim dan sihat seperti dia..

Without realising any changes on my life yang sangat serabut sekarang..
i'm losing my weight with a small digit!!!!

ini lah tranformation yang yan dapat buat selepas beberapa lama duduk di rumah menggoyangkan kaki...

pipi I da nipis..
jangan jeles..haha

BERAPA kg???
tu persoalan pertama..

yan sudah turun 5 kg!!!
.....hahahahaha.....
saya sangat suka!!
(xkesah la kan kalau korang anggap sket..tapi tu la kejayaan pertama buat masa sekarang)

Alhamdullillah la kan..
walaupun sekarang da ade panggilan baru kat tempat kerja (kak doraemon!!)

sengal budak2 yang panggil nih..
tapi aku xkesah sebab diorang yang buat dunia aku ceria..
nanti yan upload gambar budak2 kat tempat kerja..
mereka sangat sengal!!

papepon, small digit tu yang membuatkan diri aku sangat berharga sekarang..
confident pun naik mendadak nih..

kepada sesiapa yang mahu menyahkan lemak dan menurunkan berat,
...tip nya adalah...

BERJALAN DAN BERDIRI SELAMA SEKURANG2NYA 4 JAM SEHARI..

larat??mampu??
hahahaha
window shopping la lame2 kepada penggemar..
xyah buang duit..
cuci mata je..

silakan kepada sesiapa yang nak buat
selamat berjaya

yan akan buat benda nih sampai bulan 7 dan target penurunan berat badan adalah 15kg...
owh..tolong la bagi kudrat nak buat benda nih..
(entah2 aku ni cakap jer..tapi buatnye sekerat jalan)

..hahaha..

p/s: yan gembira!!bila anda gembira..

Wednesday, April 13, 2011

Saya sayang mereka part 1

Assalamualaikum sayang-sayangku sekalian..

sudah berlambak rasanya post-post dan entry-entry yang sangat emotional yang diluahkan oleh penulis blog ini (aku la kan..)

Jadi, yan miNta maaf sangat-sangat kepada sesiapa yang menyampah bila membaca post yang lepas-lepas(sape suruh korang bace kan..)

Dan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca dan memberi motivasi serta nasihat-nasihat anda. InsyaAllah, hidup kalian juga yan doakan sejahtera dan dilindungi Allah sentiasa.
AMIN

Well, sekarang..
Saya mahu meluahkan kasih sayang saya..
kali ini, post saya..
akan di sambung mengikut keselesaan yan..
untuk kali ini
............bermula dengan........


SAYA SAYANG MEREKA
PART 1

For sure la aku amat menyayangi Allah dan juga rasul2nya..
Namun, sebagai manusia yang lemah..

merekalah yang aku sayang selain yang di atas..



mak and ayah
love them so much
I don't know what will I feel when they away from me forever..
May Allah bless their life in akhirat...



both of them are really important in my busy life
yang kanan angah, yang kiri epa (born after angah)
bebudak berdua ni sangat la penting
..untuk..
membasuh,mengemas dan sekarang nih mereka sudah pandai MEMASAK
senang la hidup saya dan mak saya..



"ade aku kesah??" ilham said when i took this picture
sangat biadap soalan yang dikemukakan olehnya
(memang sengal budak nih)
he's a very unpredictable boy
a really naive person when it comes to cheating part
he is my lovely, cheeky lil brother..
recently, he's bleeding his bare feet
sebab terpijak paku masa main bola kat padang.

********
ni la 5 orang family members yang saya sangat CINTA kerana ALLAH..

setakat ini sahaja kasih sayang yan yang yan benar-benar ingin kongsikan..
semoga korang pun happy selalu dengan family dan insan tersayang..
nanti yan kongsi lagi deh..

Tuesday, April 12, 2011

Yesterday is GONE!!

Assalamualaikum peeps!!

Recently, I feel like my spirit of life is turning really down. I've tried to pretend I'm really okay..

Yan pun dengarla lagu 'someone's watching over me' by Hillary Duff..
Nak nangis pun ada. Rasa down sangat.

Tertanya-tanya..
Kenapa hidup Yan ni tidak berjaya seperti yang yan mahukan seperti kawan-kawan yang lain.?
Memang ternyata I'm not genius but I tried really hard to fulfill the needs.
Memang tidak layak sangat kah untuk yan 'fly' meneruskan pengajian.?

Dulu,
Yan hanya berlenggang pergi ke kelas dan kuliah, memerah otak dalam menyiapkan assignment, dan menghadapi beberapa exam untuk mendapatkan rm600 sebulan.
tiada pertumpahan darah yang berlaku semasa belajar (kecuali kalau tengah2 datang bulan tu kan..)

Sekarang,
harus berhadapan dengan maki hamun, luka-luka, melecur tangan, ketidakpuasan hati orang-orang sengal, jerawat yang mula naik selepas muka berminyak, berdiri selama 7 jam.
semua itu untuk mendapatkan rm700 sebulan.

Adakah ini yang dikatakan balasan ke atas dosa yang yan buat pada masa silam?

Tapi, ni berat sangat dan setelah 2 bulan mereka meninggalkan Malaysia,
yan masih menangis dalam hati seorang diri.
Masih tidak dapat memaafkan diri.

I just following the flow of life..
Because I know the yesterday is gone, right now I belong..
sooner than it seems like turns around!
I will survive until I get back my spirit!


Thank you for reading my feeling!

p/s:
Happy birthday to you. I'm really sorry let you go without any rational reasons. I JUST DID IT FOR ALLAH and I know He knows everything deep in my heart. But, I still can't forgive you. You broke the promise. Sometimes, I like to stalk your site. I'm really sorry what I'd done to you dear. HAPPY BIRTHDAY!!!

Saturday, April 9, 2011

Lelaki dan solatnya..

Assalamualaikum,

Sejak akhir2 ni, aku melihat ramai manusia.
Namun, yang aku kesal adalah manusia bernama lelaki..
lelaki muslim yang enggan menunaikan perkara wajib dalam kehidupan seharian..
Mereka lebih suka menunaikan fardu kifayah dan urusan yang sunat sahaja sedangkan yang wajib mereka lupa..

YA!!!Dunia sudah maju...
Kebendaan adalah perkara utama..

Tapi, berat sangatkah nak menunaikan solat yang cuma mengambil masa mereka hanya 10minit..?
Aku hairan dengan lelaki yang tidak mahu menunaikan solat fardu..
sedangkan merekalah yang akan membimbing wanita yang bergelar ibu mereka, isteri mereka, adik perempuan mereka, anak-anak mereka dan seterusnya cucu-cicit mereka..

Hairan!Hairan!Hairan!
Kenapa lelaki tidak mahu bersolat?
Periodkah??
haha..mustahil!!!

Kepada wanita,
doalah sebanyak mungkin untuk mendapatkan lelaki yang mengikut perintah Allah,Tuhanmu..
yang boleh menjadi imam kepadamu..
yang boleh membimbing solatmu..
yang boleh mendidik anak-anakmu menjadi soleh dan solehah belaka..

Jika wanita yang sudah berkahwin,
doalah supaya suamimu itu tekun dengan solatnya..
berdoalah agar solatnya itu diterima oleh Allah..
berdoalah agar suamimu itu adalah jodohmu yang terakhir..

InsyaAllah..
Sama-samalah kita berdoa..

Terima kasih kerana membaca 'kehairanan' aku terhadap lelaki yang enggan solat ini..


Wednesday, April 6, 2011

Kawan saya!!

Assalamualaikum,

Hi there!!!how's your life so far? Harap-harapnya semua okay dan bahagia. Hidup aku pun bahagia sangat akhir-akhir ni.

Tapi hari ni aku nak cerita pasal seorang kawan aku,yang sangat suka dan teruja bila dapat menyanyi dengan akim af7.

Korang kenal tak akim af tu?
tak kenal?
alamak!!!tidak mengapa..

Nama kawan aku tu dirahsiakan sebab aku tak minta permission dia lagi untuk aku berceloteh pasal dia dalam blog ni.

Dia sangatlah bertambah teruja (ayat BM terok giler grammar) bila video dia dengan akim masuk youtube..

Tengoklah kawan saya di youtube! Nanti korang kenal la dengan akim.
Dalam video ni, akim pakai baju grey and kawan saya tu pakai baju warna hitam.

Sebenarnya aku pun teruja, sebab dulu aku minat akim..
Hahahahaha...

Enjoy the video. Bye!!

Monday, April 4, 2011

Ke'busy'an melanda

Assalamualaikum..

rasanya macam sudah lama aku tidak meng'update' blog nih..
alahai blog!!!

aku sekarang sangat sibuk..
rutin harian aku adalah bekerja dari pukul 10 pagi sehingga 11 malam..
itu adalah tahap maximum untuk I bekerja..
balik dari bekerja..aku sudah sangat penat dan tidak bermaya untuk menghadap laptop kesayangan..

I'm really sorry to my friends yang bagi messages di facebook, yang bg email di yahoo ,mahupun yang memberi comment di blog ini..
saya sangat3...
mnta maaf pada kalian..
kerana..
saya lambat dan belum membalas segalanya..
saya sangat exhausted sekarang...
hanya tunggu masa untuk tidur selepas balik bekerja..
http://www.emocutez.com

MONOLOG:
inilah hakikat bekerja untuk mencari beberapa suap nasi untuk sebulan...
Haaaa!!!Nak sangat ko bekerja kan..
Amik kau!!!
Rasakan nikamat bekerja kau, IZYAN!!!

Okayh!!belajar lagi senang..!!
itulah hakikat nya..

Btw, I dapat rakan2 baru yang sangat sengal..
dan umur mereka seperti adik2 aku...
sangat sengal...!!

thanks for reading this post!!
love youguys!!
http://www.emocutez.com

Friday, April 1, 2011

Tranfered to DANAU!!!

Assalamualaikum youguys!!!!!

...hoohohoo...

kamu nampak dan sudah membaca title di atas kan???
so,SIAPA yang kena transfer???
Danau tu TEMPAT apa??

Jeng3!!!

Sebenarnya, I dah lama tak update blog sebab I sibuk dengan opening a new store for Domino's Pizza at Danau Kota, Setapak.

So,jawapan untuk dua soalan di atas adalah:

SAYA tranfered to DOMINO"S PIZZA PLAZA CRYSTALVILLE, DANAU KOTA.
Memang penat bila kerja dibelakang tabir untuk menyerikan kedai baru di Danau Kota.
Sangat penat okayh!!!!
I kena pergi pukul 9a.m. and then balik pukul 11p.m....
Bila sudah sampai di rumah, hampir pukul 12.30a.m...
Can you imagine how hectic that moment..
kena tampal2 barang, mop2, sapu2 and cuci segala yang berhabuk simen..
penat seyh!!!!

Tapi yang best..
MAKAN FREEEEE!!!
http://www.emocutez.com

..hehe..
aku bab makan memang senyum sampai telinga...

so, itulah ceritanya..
alhamdullillah saya dapat bos2 yang sporting..
..haha..
networking yang sengal2 belaka..
dan beberapa orang family baru yang sedang training to be pizza maker and rider..
satu ja aku pelik..
semua orang kat sana panggil aku IZZATIE, padahal aku dah suruh diorang panggil aku YAN!!
http://www.emocutez.com

hmm..tak kesah la kan..
best gak!!!
FIGHTING IZZATIE!!!